BAB KE 5 SIAPAKAH PERSONALITY ANGLERS KALI INI..MARI KITA SINGKAP SERBA SEDIKIT MENGENAINYA
DUNIA HANYIR
Saya sudah mula memancing sejak berusia lapan tahun. Pada ketika itu, saya menetap di sebuah perkampungan di tepi pantai Pasir Ris. Darihal itu, darah sebagai “orang laut” itu sudah sebati dalam diri saya.
INPIRASI
Saya mula mempelajari cara memancing daripada pemerhatian sehari-hari pemancing ikan. Selain itu, abang ipar saya yang banyak berkongsi ilmu tentsng cara memancing.
PEMULAAN
Sejak saya tinggal di kampung yang terletak di Pasir Ris.
SPOT
Pantai Pasir Ris merupakan tempat yang paling saya gemari kerana tempat itu banyak mengembalikan nostalgia manis ketika saya tinggal di sana.
TEAM/SOLO
Saya bermula secara solo dan kini mempunyai kumpulan pancing yang diberi nama Power Anglerz.
ATVT
Secara solo, saya sering memancing sekali dalam seminggu. Tempat yang selalu saya pergi, selain Pasir Ris adalah di Jeti Bedok.
Secara berkumpulan pula, kami sering memancing sekali dalam seminggu. Tempat yang kerap kami pergi termasuk di sekitar Singapura dan luar negara seperti di Pontian, Sarawak, Sedili dan Mersing.
TEKNIK
Teknik yang paling saya suka dan senang untuk saya adalah mengggunakan Apolo 2 mata atau 1 mata.
MEMORI
Memori tentulah banyak. Antara yang tidak dapat saya lupakan adalah semasa kami memancing di atas bot, bot kami terperangkap di dalam hujan ribut yang agak buruk dan kipas enjin bot kami tersangkut dengan jaring. Ini amat berbahaya kerana kawasan itu tempat laluan kapal yang sibuk. Satu lagi memori adalah apabila kami memancing di kawasan larangan.
PERALATAN
Kami menggunakan peralatan berjenama Pioneer dari Singapura yang terdiri dari rod dan reel. Saya selalu menggunakan dan menyokong barangan buatan Singapura.
MATLAMAT
PEKEMBANGAN TERBARU
Power Anglerz baru sahaja pergi memancing di Sarawak dan kami juga sering melakukan kerja amal masyarakat di Singapura dan Malaysia.
KATA2 MOTIVASI
Nasihat untuk para pemancing lain: Utamakan dan selau menjaga kebersihan tempat memancing, pantai dan juga laut.
Seorang pemancing haruslah menunjukkan tata tertib yang elok semasa memancing. Usah mengambil foto bersama hasil tangkapan dengan rokok di tangan. Menghormati laut dan hidupan.
IKON
Para pemancing dari rancangan televisyen Wicked Tuna.
TAGLINE
“I see you on the other side”. (by Roy)
SELAMAT BERJUMPA DI LAIN BLOG SAHABAT. DAN YG BARU KESINI DAN INGIN MELIHAT PERSONALITY ANGLERS YG LAIN BOLEH KLIK LABEL PERSONALITY ANGLERS DI BAWAH NI..
ASSALAMUALAIKUM
No comments:
Post a Comment