2016 SSCC COMP
5TH SINGAPORE BEACH FISHING CHAMPIONSHIP 2016
Pertama kali kami join comp sebagai team.Kami memang tak tahu langsung mengenai peraduan pancing pantai ni.ilmu kosong hanya niat nk menimba ilmu dan mencari kawan2 yg sehobi.
kami diwakili oleh 3 ahli bro mantot,bro boyanpure dan bro iwan..
pengalaman memancing diperaduan mmg luarbiasa perasaan tu...takut,ghairah,malu semua bercampur tetapi berkat semangat dan niat kami nk memcuba dan cari kawan2 sehobi..alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancah.
Kami dapat berkenalan dengan team2 dari Kelantan dan Melaka ..memang peramah.banyak kami belajar dari mereka dari segi tip dan cara lontaran joran pantai.semoga kami dpt bertemu dgn mereka di lain games.IN SHAA ALLAH
Bila semboyan berbunyi dan bermulalah games ..perasaan makin berdengup kuat...takut lontaran pertama cross line pada orang lain..tapi alhamdulilah..semuanya berjalan dengan apa yg kami kehendaki.Kami cuba sedaya upaya tukar umpan ..tukar matakail ,perambut dan cara lontaran kami,tapi reqki masih x berpihak pada kami
Alhamdulilah setelah 3 hingga 4 jam games berjalan ahli kami Iwan dapat naikkn seekor anak ikan pari sebesar pinggan.tangkapan pertama kami.Walaupon ikan pari tu bukan ikan podium tapi kami bersyukur kerana percubaan pertama kami berhasil
pengalaman berkongsi ilmu bersama otai2 pantai ..tidak akan kami lupai .
silaturahim yg terbina dari sini ,in shaa allah akan berkekalan selamanya
No comments:
Post a Comment