Monday, 10 September 2018

FISHING TRIP TO PULAU AUR



  • Trip 2 hari 1 malam ke Pulau Aur bersama 7anglers dan tekong mamat,sebelom kami sampai ke sedili kami sempat singgah ke pusat makanan senibong seafood di area JB .
selepas kami isi perut kami pon singgah di petrol kios utk membeli barang keperluan kami selama 2hari 1malam dan menyisi minyak
kami sempat bergurau dan berbincang apa yg perlu dilakukan di atas boat.
Apabila semua keperluan dah dibeli kami pun berangkat dan meneruskan perjalanan kami ke sedili yg memakan masa 1jam 30min.
Walaupon pejalanan kami kesana agak gelap kerana tiada lampu jalan tapi alhamdulilah kami sampai ke destinasi dengan selamat.
SEDILI HERE WE COME

  • Pada jam 3 pagi kami telah menaiki bot yang dipandu oleh tekong mamat.
  • Kami persiapan barang2 pancing 
  • Kami tak dapat belayar masa tu kerana air masih surut.
  • Kira kira jam 6pagi kami mula berangkat ke destinasi pertama kami..
  • jengjengjeng
  • Kami merasa tak sabar untuk basahkan line pancing kami semangat kami berkobar kobar 
  • Setelah 3jam kami sampai ke spot pertama ...malahan ombak dan angin kencang menghalang kami untuk memancing di uncang pertama.
  • Kami teruskan ke Pulau aur yg memakan masa 3 jam dari spot pertama kami,cuaca agak mendung
  • Tekong mamat terus ke destinasi Pulau Aur.selama kami menanti sampai ke destinasi seterusnya kami sempat lepak dan berbaring.
  • Walaupon destinasi memakan masa kami sempat bergurau dan ketawa .



  • Apabila kami mula nampak bayangan Pulau Aur perasaan kami semua berubah gembira dan tak sabar nak mula memancing.
  • Keindahan Pulau aur dan Pulau dayang yang penuh dengan alam semula jadi memang menarik hati setiap pengunjung yang melawat ke pulau itu.
  • Kami sampai kira kira jam 1.30 ptg .
  • Selama 1 jam kami menunggu umpan kami di sentap oleh ikan2 tapi malangnya tiada gigitan.
  • Kami tetap bersabar dan percaya dengan spot2 dari tekong mamat yang tak pernah bosan dengan kerenah kami.
  • Tekong mamat mula menukar spot berhampiran dengan darat kerana di luar sana angin mula kuat dan ombak kuat.
  • di spot seterusnya kami strike dan jackpot ikan cermin dan mempinang.

  • Bermula dengan Jasni ..apabila strike ikan kerapu.
  • Dari situ satu persatu dari kami strike demi strike.
  • Begitulah selama 2jam 
meymek strike ikan mempinang dalam 1kg





rudy strike ikan mempinang juga
boyanpure jugak strike mempinang
  • mempinang demi mempinang kami naikkan sehingga lah jai mula naikkn ikan cermin dan seterusnya anglers2 lain,ikan mempinang hilang ikan cermin pulak kami strike demi strike dari kami
jai bersama tangkapan ikan cermin
crew cik amat jugak menaikkn ikan cermin
  • Tiba tiba kami dikejutkan dengan strike dari Jasni ..FISH ON
  • Sementara menunggu jasni berentap dengan ikan ..seorg lagi angler meymek,nazli dan abgjen jugak strike ikan cermin.
  • Seluruh ahli di dalam bot kecoh dengan tangkapan dan jackpot ikan mempinang dan cermin
  • Jasni dapat menjinakkn ikan ketarap berat 2.5kg dalam masa 10 hingga 15min
jasni bersama tangkapan ikan ketarap
  • Pada malam harinya kami berlabuh berdekatan pulau dayang untuk berlindung dari angin dan ombak yg kencang
  • Disitu kami mula set up barang pancing kami lagi untuk pancingan di malam hari pulak
  • Sementara itu boyanpure mula jig menggunakn jig glow in the dark,apabila dia mendapat 2 strike ikan uji rashid(seperti org2 sana sebut).
  • Kami mula menggunakan light tackle dan mula pancing ikan itu.
abgjen dengan ikan uji rashid

  • Satu demi satu ikan itu naik sehingga lah sampai jam 10mlm,apabila ahli kami dah mula penat dan mengantuk.
  • kami mula berehat sebentar dan lelapkan mata kami
  • Jam 12mlm tekong mamat mula beredar ke spot lain pulak.
  • kira kira jam 4pagi kami dikejutkn dengan tekong mamat dapat menarik naik ikan jahan berat kira kira 5kg- 6kg

  • kami  mula terjaga dari tido dan mula memancing lagi
  • kami mencadat sotong 

  • Kami hairan dengan banyaknya sotong2 diperairan malaysia.
  • crew cik amat mula mengajar kami cara cara mencandat sotong ,satu ilmu yang kami belajar disana,walaupon nampak mudah dan senang tapi tak semudah apa yang kami sangkakan..kerana teknik dan cara pancingan memang berbeza dengan cara pancing ikan.
  • pada sebelah paginya kami ke uncang dimana spot pertama kami yang tak dapat kami pancing dihari sebelumnya
  • kami banyak main mengunakan apollo rigs dan sabiki 
  • ikan kerisi dan kembong dan ikan lainnya yang menghuni di uncang tersebut 
  • setelah lebih kurang 2jam kami memancing di uncang kami beredar ke destinasi seterusnya dan terakhir ke spot tokong yu sebelom kami pulang.
  • Disana boyanpure dapat menaikkn ikan cencaru dan kami sempat memancing 25min
  • dah tiba masanya untuk kami pulang ke darat jam menunjukan pukul 11pagi
  • pejalanan kami kedarat memakan masa lebih krang 2 jam untuk sampai ke pelaburan sedili pusat perikanan
BERSIAP SIAP UNTUK PULANG

  • kami sgt bergembira dengan hasil tangkapan kami dan layanan tekong mamat dan crew amat memang memuaskan semua ahli kami
  • in shaa allah kami akan bertemu lagi di lain masa dan ketika.
  • Setelah kami sampai dan mengucapkan selamat jalan pada tekong yang peramah,kami pun meneruskan pejalanan kami dan singgah sebentar di pusat makanan saujana di JB.


TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG HADIR KE BLOG KAMI...IN SHAA ALLAH KAMI AKAN PERBANYAKKAN LAGI CERITA PANCING KAMI.
ASSALAMUALAIKUM   ,   SALAM SATU HOBI JORAN MELENKUNG
DAN KEPADA YG NK TAHU LEBIH LANJUT DAN GAMBAR2 YG LAIN BOLEH LAYAR KE FACEBOOK KAMI  DAN LIKE PAGE KAMI
https://www.facebook.com/tokkelenanglers2013/

DAN TAK LUPA JUGAK VIDEO2 KAMI DI YOUTUBE JANGAN LUPA SUBSCRIBE UTK MENONTON VIDEO2 TERKINI DARI KAMI

https://www.youtube.com/user/boyan1970/videos

SELAMAT MENONTON DAN TERHIBUR DENGAN APA YANG DAPAT KAMI HIDANGKAN.SAMPAI JUMPA DI LAIN BLOG




YG INGIN MELIHAT KESEMUA TRIP2 KAMI BOLEHLAH MENEKAN LABEL DI BAWAH NI ...FISHING TRIP ATAU TOKKELEN ANGLERS  TERIMA KASIH ANGLERS2 SEMUA





No comments:

Post a Comment