Friday, 12 October 2018

Remyka Rafael,



DUNIA HANYIR -

Saya mula kenal dunia pancing ketika berusia 6 tahun

INPIRASI

 Ayah dan Abang saya.. Mereka banyak mengajar saya cara - cara memancing dari menggunakan ambo hingga ke Joran.

PEMULAAN

Datuk Saya asal orang Laut yang menetap di laut Changi, jadi bila dia rindu suasana pantai, setiap hari sabtu dan minggu kami berkelah sambil memancing. Masa tu kecil lagi, jadi ayah dan abang saya yang ajar saya perlahan - perlahan, bila dapat ikan kecik, rasa gembira tu sekampung.. Hahahaha!



SPOT

 Pantai Changi - Carpark 6 & 7, East Coast- Longkang 6 & hadapan Burger King, Pasir Ris - Batu 2 & Labrador - Di hadapan Foyer.

TEAM/SOLO

 Presiden, Singapore Surf Cast Club.

ATVT

Masa belum berumah tangga, setiap Jumaat hingga Minggu, bermalam di tepi pantai bersama teman2.. Dah berumah tangga ni, teman memancing saya adalah Suami kalau teman2 ada waktu lapang, barulah pancing bersama.. Sebulan, dua kali.. Trip ke luar negara, setahun dua kali.



TEKNIK ,

Pantai, Lautan Dalam & Kolam

MEMORI

Tahun 2015 - Semasa di South Africa, saya memancing Ikan Jerung Seberat 100+ KG, waktu tu saya sedang hamil Anak Sulung, Rafael yang berusia 3 bulan dalam kandungan.

- Tahun 2014 - Melawan Ikan layar di Phuket waktu hujan lebat & gelombang tinggi.



PERALATAN

- Spinning - Shimano Tiralejo & Shimano Saragosa 8000
- Multiplier - Zziplex M4 GT & Daiwa 7ht
- Rigs- Paternoster & Pulley

MATLAMAT

Ikan impian saya adalah Kemejan, Bull Stingray & Tuna.

Ilmu pengetahuan saya masih cetek, saya ingin terus mempelajari dunia memancing.

Negara yang ingin saya kunjungi, Florida & Texas - kita cuba Jerung sana pulak lah.. hahahah!



PEKEMBANGAN TERBARU -

SSCC Academy & Importasi alat - alat memancing dari luar negara.



KATA2 MOTIVASI

- Ikutlah Resmi Padi, Makin Berisi Makin Tunduk.

IKON

 Women Anglers, Radhi - pemancing ikan kemejan terbesar di Singapura, Abg Ipin GTB, Abang Gary dari Gary's Tackle, SBA, Power Anglers, dan teman2 seperjuangan.



TAGLINE

- Your Passion, Our Passion!
- Best Fishes & Tight Lines!


KEMANAKAH ARAH TUJUAN PEMANCING2 SG

Kami seharusnya focus mengembangkan industri memancing, terutamanya Surfcasting. Singapura adalah negara yang kecil - berganding bahu, menyokong antara satu sama lain. Jauhkan aura negative.

P.s: Terima kasih kepada semua Anglers yang telah menyokong Singapore Surf Cast Club dari 2013 hingga ke saat ini...

16)PERSONALITI ANGLERS(nama dimedia social dan nama yg anglers lain kenal) - FB - Remyka Rafael, Nama - Myka


JIKA ANDA TERLEPAS MEMBACA PERSONALITY ANGLERS YG LAIN
ANDA BOLEH KLIK DI SINI


B I A R    P U T U S    F G    J A N G A N    P U T U S    S I L A T U R A H I M
K E J A R L A H    S I L A T U R A H I M   J A U H I   B E R P O L  I  T  I  K                                     

Tuesday, 9 October 2018

CARA MUDAH DENGAN HASIL IKAN YG BANYAK

SEBAGAI SEORANG PEMANCING SUDAH TENTU SETIAP KALI KITA PERGI TRIP PANCING ,TAK KIRA DI PANTAI,KELONG ATAU TENGAH LAUT,KITA BERHARAP UNTUK MENDAPAT IKAN DAN HASIL YANG BANYAK.
BERBAGAI CARA PEMANCING UNTUK MENDAPATNYA.

MULAI DARI SET UP PEKAKAS PANCING ,UMPAN,PERAMBUT BAHKAN SEHINGGALAH MEMILIH WAKTU DAN AIR PASANG SURUT
USAHA USAHA INI TENTU MERUPAKAN IKHTIAR YANG BAIK NAMUN,ALANGKAH BAIKNYA JIKA USAHA ITU DI IRINGI DENGAN DOA

DOA DAN USAHA MEMANG MERUPAKAN SATU AJARAN ISLAM OLEH ITU DOA PANCING IKAN MEMANG SESUAI SUPAYA DAPAT HASIL DAN REZEKI LAUT YANG MURAH

BACALAH SURAH AN NAHL AYAT 14 SEBELUM ANDA KELUAR MEMANCING




وَهُوَ ٱلَّذِى سَخَّرَ ٱلْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا۟ مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا۟ مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى ٱلْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

wahuwa ladzii sakhkhara lbahra lita'kuluu minhu lahman thariyyan watastakhrijuu minhu hilyatan talbasuunahaa wataraa lfulka mawaakhira fiihi walitabtaghuu min fadhlihi wala'allakum tasykuruun

Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.


Tafsir al-Jalalain
(Dan Dialah yang menundukkan lautan) Dia telah membuatnya jinak sehingga dapat dinaiki dan diselami (agar kalian dapat memakan daripadanya daging yang segar) yaitu ikan (dan kalian mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kalian pakai) yaitu berupa mutiara dan marjan (dan kamu melihat) menyaksikan (bahtera) perahu-perahu (berlayar padanya) dapat melaju di atas air; artinya dapat membelah ombak melaju ke depan atau ke belakang hanya ditiup oleh satu arah angin (dan supaya kalian mencari) lafal ini diathafkan kepada lafal lita'kuluu, artinya supaya kalian mencari keuntungan (dari kurnia-Nya) kurnia Allah swt. lewat berniaga (dan supaya kalian bersyukur) kepada Allah swt. atas kurnia itu.

*********************************************************************************


BUKAN SAJA DISAAT KITA NAK BERANGKAT KELUAR RUMAH,NAMUN DOA KALI INI JUGAK  BAIK DIPAKAI SAAT ADA HAL YANG ANDA INGINKAN.MAKA AMALKANLAH AYAT AL-QURAN SURAH AL_FATHIR AYAT 2 DAN 3
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

(Al-Fathir ayat 2) – Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


(Al-Fathir ayat 3) – Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?

*********************************************************************************
DAN AKHIR SEKALI DOA KETIKA NAK PULANG KE RUMAH



DOA SUPAYA TIDAK DIIKUT OLEH JIN/SYAITAN KETIKA BALIK MALAM SELEPAS HABIS KERJA/BALIK DARI KUBUR/BALIK DARI HOSPITAL ATAU KETIKA MEMANDU KENDERAAN JALAN JAUH TENGAH MALAM:



APABILA ANDA DAH MULA NAK BALIK DAN SAMPAI DI RUMAH ATAU SEBELUM MASUK KEDALAM RUMAH,ELOKLAH DIBACA DOA INI SURAH IBRAHIM AYAT 40 SUPAYA SYAITAN DAN JIN TIDAK AKAN MENGIKUT ANDA MASUK KEDALAM RUMAH ANDA.

JIKA KAKI ANDA KOTOR ,BASUHLAH DULU,KEMUDIAN BACALAH 3 QUL DAN DI IKUTI DENGAN DOA SURAH IBRAHIM AYT 40.DOA MELEPASKAN DIRI DARI DIIKUTI OLEH JIN SYAITAN YANG DILAKNAT,JIKA TAK DIBACA IA AKAN SENTIASA BERDAMPING DENGAN ANDA DAN MENGIKUTI ANDA KEMANA SAHAJA ANDA BERADA



SURAH IBRAHIM AYAT 40



Doa doa ini merupakan wujud dari pujian kepada Allah SWT. Sekaligus harapan agar kegiatan pancing yang dilakukan boleh dicatat sebagai bentuk ibadah dan mendapat ikan yang banyak
Percayakan sepenuhnya kepada Sang Pencipta Alam, rezeki, maut dan jodoh adalah kehendak-Nya.
Memang, pada hakikatnya manusia harus berikhtiar, harus berusaha mencari jalan. Tapi tentu  yang baik yang tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Allah dan Rasulnya.
Yang lebih seram lagi, sekarang tentang mantra atau doa memancing ikan yang ramai diperjualbelikan. Menurut kami ia sangat bertentangan dengan nilai-nilai ajaran agama .

UTK MEMBACA TIP TIP YANG LAIN
SILA KLIK DI SINI


JANGAN LUPA  MISI KITA: KEJARLAH SILATURAHIM JAUHILAH BERPOLITIK

Friday, 5 October 2018

PERSONALITY ANGLERS



DUNIA HANYIR

Bermula seusia 6 thn ketika duduk di kampung Batu 9 dikawasan west coast mengikut ayah, abg pergi menjala,merawai pukat.

INSPIRASI.

Ayah inspirasi ku.memelihara anak 10 orang dgn mencari hasil laut dgn kolek kecilnya.Alhamdulillah petak2 ikan sentiasa penuh setiap kali pulang dari laut.



PERMULAAN.

Seperti yang disebutkan diatas kanak2lagi sudah minat dgn dunia hanyir.Pada Mac tahun 2000 saya berhenti aktiviti laut pabila kehilangan putri yg baru dilahir.waktu puteri saya meninngal saya tengah memancing di jambatan Jurong Island.Ketika itu kawasan Jurong Island masih bebas untuk sesiapa saja hendak memancing.Tahun 2010 saya mula kembali aktiviti laut.

SPOT

Bermacam macam spot dah mencuba walaupun spot larangan yang paling suka spot yang sunyi dan GELAP GULITA.



TEAM /SOLO 

Freelance suka bercampur dgn team2 angler team yang lain untuk menimba ilmu dunia hanyir. 


ATVT

Nk katakan setiap bulan ada aktiviti memancing dilaut menaiki bot bersama kenalan baik di perairan sg sini maupon di;luar sana melainkan waktu moonsoon dan bulan ramadhan.


TEKNIK.

Bermacam macam teknik pancingan saya cuba longline.luring.bottom.surfcasting.eging.

MEMORI.

Luring 1 cast 1 fish.hampir 50 ekor siakap dlm masa 3 jam.



PERALATAN.

Peralatan memancing bnyk dh dicuba seperti ambo.flyfishing.bc dan sekarang hanya melekat pada casting.

MATLAMAT.

Target masa depan tuna.



PERKEMBANGAN TERBARU .

Cuba jelajah dan mencuba spot spot kawasan luar sg.

IKON.

Warisan anak laut arwah ayah dan abang.



TAGLINE.

Reski laut yang diberi NYA ingat orang sekeliling.


PERSONALITI  ANGLERS

 Izzera izz aka lisam



kepada yg terlepas baca segmen personality anglers kami yg lalu boleh lah klik sini



Tuesday, 2 October 2018

MENGENALI HABITAT DAN JENIS KERAPU


Ikan Kerapu (Grouper) adalah antara ikan paling popular bagi pemancing2 dibahgian asean, tak kira di mana sahaja pasti terdapat peminat ikan kerapu ini. Permintaan yang tinggi terhadap spesis ikan serta harga yang tinggi dipasaran dan dikedai2 makanan seafood telah membuatkan pemancing sentiasa memburu ikan ini. Pemancing sanggup meredah lautan lepas selama berhari-hari semata-mata untuk memancing ikan kerapu ini yang mempunyai rasa yang lazat apabila di jadikan hidangan.

 Ikan kerapu sebenarnya mempunyai banyak jenis dan hanya beberapa jenis sahaja yang menjadi buruan pemancing. Setiap spesis juga mempunyai nilai harga yang berlainan bergantung kepada permintaan. Di sini kami ingin berkongsi kepada pengunjung maklumat tentang ikan kerapu di negara kita.


malabar grouper



Antara spesis-spesis kerapu yang menjadi buruan kaki pancing  ialah:


Kerapu Bara





Nama Saintifik : Epinephelus retouti
Nama umum : Red-tipped grouper


Jangan sangka warna ikan ini yang berwarna merah menyala ini tidak sedap di makan. Kerapu yang berwarna merah membara ini sememang telah menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut. Tidak seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan. Ikan ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu. Ikan ini banyak terdapat di perairan Asia Tenggara. Ikan ini menjadikan kawasan karang dan batu sebagai tempat tinggalnya

Umpan: Dimana ada kerapu, pasti ada kerapu bara. Begitu mudahnya untuk memperolehi ikan kerapu bara jika kena dengan lubuknya. Maka umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan untuk memancing ikan kerapu biasa. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk memancing ikan ini.






Kerapu Boron/Bintik/Karang




Nama saintifik: Epinephelus malabaricus
Nama umum: Malabar grouper
Nama tempatan: Kerapu

Ikan kerapu ini merupakan ikan yang paling mudah ditemui di perairan kita. Tidak kira perairan berpasir atau pun berlumpur. Ikan kerapu pasti mudah didapati jika terdapat kawasan lubang, karang dan apa-apa struktur yang boleh dijadikan pelindungannya. Ikan kerapu spesis ini juga boleh didapati di struktur berbatu di tepi pantai dan kawasan berkarang. Tetapi ikan -ikan yang terdapat di kawasan tersebut hanya mempunyai saiz yang kecil dan mencecah berat antara kurang 2kg
Kerapu boron sebenarnya ikan kerapu yang sama, cuma ianya di gelar sebegitu kerana merujuk kepada saiznya yang telah menjadi besar. Ikan Kerapu ini mampu membesar sehingga mencecah berat 40 kg.  Berlainan dengan ikan kerapu ini yang bersaiz juvanail, Ikan Kerapu boron lebih aktif pada waktu malam dan suka tinggal di kawasan lubang di tengah laut. Apabila ikan ini menjadi besar, ikan  ini bersikap territory dan akan tinggal bersama pasangannya di dalam lubang yang sama.

Umpan: Umpan hirisan sotong dan isi ikan boleh memperdayakan ikan kerapu bersaiz kecil. Tetapi tidak bagi Kerapu Boron. Kerapu bersaiz besar ini lebih gemar memilih umpan hidup. Cumit ataupun sotong hidup merupakan umpan kegemarannya. Selain itu penggunaan ikan selar atau kembung hidup juga mampu membuka selera ikan ini. Ikan ini juga boleh diperdayakan oleh gewang jig besi.




Kerapu Pisang/Sunuh






Nama Saintifik : Plectropomus pessuliferus 
Nama umum : Roving coralgrouper
Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh

Ikan Kerapu pisang merupakan ikan yang paling bernilai tinggi dikalangan keluarga ikan kerapu. Ikan yang mempunyai bintik-bintik kuning ini mempunyai isi yang lazat untuk dijadikan hidangan telah membuatkan setiap pemancing pasti mengidamkan untuk memancing ikan kerapu pisang. Ikan ini banyak mendapat pemintaan di restoran mewah dan hotel-hotel. Akibat sering diburu oleh pemancing dan nelayan, ikan ini amat sukar didapati di perairan kita.

Umpan: Umpan isi ikan atau sotong boleh digunakan untuk memperdayakan ikan pisang. Di setengah kawasan, ikan ini juga boleh dipancing menggunakan jig besi



Ikan Kertang 





Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus 
Nama umum: Giant grouper
Nama tempatan: Kertang


Kertang yang tergolong dari keluarga kerapu ini amat sinonim di kolam pancing air masin. Di kolam air masin commercial, ikan Kertang lebih dikenali sebagai ikan naga. Perbezaan ikan kertang dengan ikan boron, ikan kertang mempunyai warna yang gelap serta sirip yang berwarna sedikit kekuningan atau kehitaman. Mata ikan Kertang lebih besar sedikit jika dibandingkan dengan ikan Boron. Sama sifatnya dengan keluarga kerapu lain. Ikan kertang mendiami lubang, karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa. Selain itu, ikan ini boleh didapati di kawasan perairan yang mempunyai kedalaman 150-200 meter. Ikan ini bersifat pemalas dan kurang bergerak keluar daripada kediamannya. Kini ikan kertang telah dibela oleh pengusaha ikan kerana pemintaannya yang tinggi di kolam pancing mahupun di restoran. Selain itu harganya yang mahal membuatkannya menjadi buruan kaki pancing. Tempat popular untuk memancing ikan kertang di Malaysia ialah di perairan Spartly dan Lacornia yang mempunyai ke dalaman lebih 150 meter.


Umpan: Ikan ini tidak begitu memilih umpan. Apa saja akan makannya sekiranya umpan betul-betul dilabuhkan di depan muka. Pemancing perlu tahu kedudukan atau lubuk yang tepat untuk memancing ikan pemalas ini. Umpan popular yang digunakan ialah isi ikan tongkol, udang hidup, sotong dan ikan hidup seperti kembung, selar dan ikan belanak. Sama seperti kerapu boron, ikan ini juga boleh diperdayakan oleh gewang jig besi.



Habitat





Seperti diketahui, Ikan kerapu amat suka tinggal di kawasan berbatu dan karang. Selain itu ikan kerapu juga gemar untuk tinggal di struktur buatan manusia seperti tukun dan unjam. Ini kerana memudahkan ikan ini untuk menghendap mangsanya serta menjadi tempat perlindungan dari pada ikan yang lebih besar.

Oleh itu kesedaran perlu ada pada setiap pemancing untuk menjaga persekitaran laut supaya tidak memudaratkan terumbu karang yang menjadi tempat tinggal ikan kerapu. Selain itu, amalan catch and release amat digalakan untuk ikan-ikan kerapu yang masih kecil supaya populasinya sentiasa terjaga. Walaupun populusi ikan kerapu ini masih banyak terdapat di perairan kita, permintaan yang amat tinggi terhadap spesis ini akan memberi kesan pada satu hari nanti. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk memancing secara bijak supaya generasi akan datang dapat memancing ikan kerapu ini juga.
  
TERLALU BANYAK JENIS2 KERAPU NI...IN SHA ALLAH KITA AKAN BERTEMU DI RUANGAN LAIN 

JIKA INGIN MELIHAT DAN BACA INFO DAN TIP2 BOLEHLAH KLIK DI SINI

Monday, 1 October 2018

ROYMAX BURN



BAB KE 5 SIAPAKAH PERSONALITY ANGLERS KALI INI..MARI KITA SINGKAP SERBA SEDIKIT MENGENAINYA

DUNIA HANYIR


Saya sudah mula memancing sejak berusia lapan tahun. Pada ketika itu, saya menetap di sebuah perkampungan di tepi pantai Pasir Ris. Darihal itu, darah sebagai “orang laut” itu sudah sebati dalam diri saya.


INPIRASI 


Saya mula mempelajari cara memancing daripada pemerhatian sehari-hari pemancing ikan. Selain itu, abang ipar saya yang banyak berkongsi ilmu tentsng cara memancing.


PEMULAAN 


Sejak saya tinggal di kampung yang terletak di Pasir Ris.


SPOT


Pantai Pasir Ris merupakan tempat yang paling saya gemari kerana tempat itu banyak mengembalikan nostalgia manis ketika saya tinggal di sana.


TEAM/SOLO 


Saya bermula secara solo dan kini mempunyai kumpulan pancing yang diberi nama Power Anglerz.



ATVT 


Secara solo, saya sering memancing sekali dalam seminggu. Tempat yang selalu saya pergi, selain Pasir Ris adalah di Jeti Bedok.
Secara berkumpulan pula, kami sering memancing sekali dalam seminggu. Tempat yang kerap kami pergi termasuk di sekitar Singapura dan luar negara seperti di Pontian, Sarawak, Sedili dan Mersing.



TEKNIK 


Teknik yang paling saya suka dan senang untuk saya adalah mengggunakan Apolo 2 mata atau 1 mata.


MEMORI


Memori tentulah banyak. Antara yang tidak dapat saya lupakan adalah semasa kami memancing di atas bot, bot kami terperangkap di dalam hujan ribut yang agak buruk dan kipas enjin bot kami tersangkut dengan jaring. Ini amat berbahaya kerana kawasan itu tempat laluan kapal yang sibuk. Satu lagi memori adalah apabila kami memancing di kawasan larangan.


PERALATAN 


Kami menggunakan peralatan berjenama Pioneer dari Singapura yang terdiri dari rod dan reel. Saya selalu menggunakan dan menyokong barangan buatan Singapura.


 MATLAMAT 


Matlamat saya ialah untuk mendapatkan ikan kemejan dan ikan selayar. Saya juga berharap jika Power Anglerz dapat memancing di kawasan luar Singapura dan Malaysia seperti di Maldives dan Afrika Selatan.


PEKEMBANGAN TERBARU


Power Anglerz baru sahaja pergi memancing di Sarawak dan kami juga sering melakukan kerja amal masyarakat di Singapura dan Malaysia.


KATA2 MOTIVASI


Nasihat untuk para pemancing lain: Utamakan dan selau menjaga kebersihan tempat memancing, pantai dan juga laut.

 Seorang pemancing haruslah menunjukkan tata tertib yang elok semasa memancing. Usah mengambil foto bersama hasil tangkapan dengan rokok di tangan. Menghormati laut dan hidupan.


IKON 


Para pemancing dari rancangan televisyen Wicked Tuna.


TAGLINE 


“I see you on the other side”. (by Roy)


SELAMAT BERJUMPA DI LAIN BLOG SAHABAT. DAN YG BARU KESINI DAN INGIN MELIHAT PERSONALITY ANGLERS YG LAIN BOLEH KLIK LABEL PERSONALITY ANGLERS DI BAWAH NI..
  ASSALAMUALAIKUM

Sunday, 30 September 2018

TOP 5 IKAN KERAPU TERBERAT

 Seperti sedia maklum, ikan kerapu mempunya pelbagai spesis dan mampu membesar sehingga puluhan kilo dan kadang kala mampu membesar sehinga ratusan kilo. Mari kita saksikan top 5 tangkapan ikan kerapu terberat di dunia.



Potato Grouper

Pada 11 Jun 2004, Takayuki Shibayama menangkap seekor Potato Grouper seberat  171-pound, 10 auns (77kg). Beliau menangkap ikan tersebut di luar Pulau Miyako di Okinawa, Jepun. Dia menggunakan ikan snapper hidup sebagai umpan.




Convict Grouper (Mahata)

Tangkapan ikan kerapu milik Koji Yoshida telah menangani semua rekod Convict Grouper di Jepun. Ikan ini di tangkap di Pulau Yonaguni di Okinawa, Jepun, pada 25 April, 2011. Ikan kerapu yang  menakjubkan ini seberat 264-paun, 8 auns (119.7kg).





Giant Grouper/Kertang

Pada 4 Mac 2012, Shayne Keith Nelson berjaya menangkap ikan Giant Grouper di perairan laut Pulau Latham, Tanzania. Selepas di timbang, gergasi ini seberat 295 pound, 11 auns (133kg). Beliau menggunakan umpan bonito atau skipjack tuna sebagai umpan.

Warsaw Grouper

Pada 22 Disember 1985, Steve Haeusler berjaya mendarat ikan kerapu warsaw yang menangani semua rekod dunia kerapu Warsaw. Ikan ini seberat 436-pound, 12 auns (197.8kg) ditangkap di luar Florida di Teluk Mexico.


Goliath Grouper

Ini merupakan ikan kerapu  terberat yang pernah ditangkap dan disahkan sebagai rekod dunia IGFA. Ikan Goliath Grouper gergasi ini mencecah berat seberat 680 pound (308kg) . Ikan Goliath Grouper ini atau nama amnya di Amarika sebagai Jewfish  telah ditangkap pada 20 Mei, 1961, di luar Pantai Fernandina, Florida, menggunakan ikan tenggiri spanish/Spanish mackerel  sebagai umpan. Pada masa kini ikan kerapu spesis ini dianggap sebagai spesis terancam menjadi ikan yang dilindungi di negara  Amerika Syarikat dan Caribbean.



SUMBER ; KLIK SINI

Saturday, 29 September 2018

MENGENALI LEBIH DEKAT APA YANG ADA PADA JORAN KITA


Para PEMANCING  kali ini KAMI akan mencuba menjelaskan secara detail makna dan erti dari keterangan/spesifikasi yang biasanya tertulis pada joran kesayangan kita. Seringkali kita bingung tentang istilah-istilah seperti PE 1-3, cast weight, lure weight dan lain-lain. Semoga dengan sedikit perkongsian dari KAMI kali ni serba sedikit membantu para pemancing dalam memahami keterangan/spesifikasi joran dan apabila hendak membeli dan memiliki sebatang joran

Length


Length bererti panjang sesuatu joran merupakan spesifikasi yang wajib ada di keterangan joran kesayangan kita. Seringkali kita menjumpai kiraan panjang di joran kita tertulis dengan  feet ( “ ). Hal ini tentunya sangat membingungkan kita kerana pemancing  umumnya lebih familiar senang dengan kiraan centimeter (cm).

Sebagai contoh joran dengan spesifikasi length 602. Hal ini dapat kita ambil kesimpulan bahwa panjang joran tersebut adalah 180 cm.  Angka 180 cm muncul apabila kita mengetahui bahwa 1 feet = 30.48 cm. 6.0“ x 30,480= 182.88 cm. maka diambil rata-rata bahwa panjang joran tersebut adalah 180 cm. sementara angka kod 2 dibelakang angka 60 merupakan kod section (jumlah sambungan) joran yang bererti joran kira 2 sambung(section)




Line WT


Istilah line WT atau line weight merupakan kiraan ukuran  maksimal yang boleh digunakan pada joran kita.  Sebagai contoh spesifikasi joran dengan line WT  10-20 lbs  dipastikan kekuatan joran itu hanya mampu menahan beban seberat 9 kilogram (maksimal). Hal ini berdasarkan pada kiraan bahwa 1 lbs =0,0454 kilogram. Maka jika line wt  joran kita adalah 20 lbs kita tinggal kalikan saja dengan cara 0,454 x 20 =9.08 kilogram.

PE 1-3, PE 2-4, PE 3-6


Apabila para pemancing memiliki joran  jigging atau popping pastinya akan menemukan tulisan seperti PE 1-3, PE 2-4 dan seterusnya. Angka pada PE 1-3 sebagai contoh mempunyai erti kemampunan sesuatu joran (line weight)  menggunakan braided PE 1 dan maksimal PE 3. Sama halnya dengan keterangan PE 2-4 dimana joran kita lebih mampu menggunakan PE size 2 dengan penggunaan maksimal PE 4.

Pengiraan keterangan PE bukan tanpa alasan oleh pembekal, kerana tiap joran mempunyai kemampuan maksimal  tersendiri

Cast Weight


Cast weight sebenarnya merujuk pada berat maksimal lure(umpan) yang sanggup dilontarkan oleh joran kita. Sebagai  contoh apabila di joran kita tertulis keterangan CW atau cast weight 8-20gr, maka penggunaan lure yang sangat direkemen adalah lure dengan berat antara 7-20 gram. Apabila kita menggunakan lure dibawah 7 gram, kemungkinan lure yang kita lempar tidak akan mencapai  terjauh (long cast) yang kita inginkan.

Sementara apabila lure yang kita gunakan menglebihi had 20 gram dikhuatirkan akan merusak blank serta section joran kita.

Lure Weight


Lure weight sebenarnya tidak jauh berbeza dengan cast weight hanya kiraan saja  menggunakan kiraan Oz.  Cara kiraan lure Weight yang menggunakan kiraan Oz adalah sebagai berikut :

1 Oz = 28,349 gram

Maka apabila di joran kita tertulis Lure Weight nya 3/8 Oz bererti 3 dibagi 8 x 28,349 gram = 10,63 gram yang jika diambil keseluruhannya adalah 11 gram.


Apa yang pasti setiap generasi sebenarnya wajib memainkan peranan dalam mendidik kearah pancingan yang lebih sihat. Usah mengutuk, usah menghina dan usah mendabik dada jika ilmu hanya setakat sepuntung rokok yang akan habis. Usah menjadi seperti signal starhub yang kejap-kejap bagus, kejap-kejap hancur .
Golongan muda hormatilah golongan yang lebih tua begitu juga sebaliknya yang menganggap diri tu hebat hormatlah yang muda. Usahlah mengangkat diri konon2 telalu hebat sehingga boleh mencecah langit. Kita semua manusia biasa yang hidup di dekad yang berlainan teknologi dan aliran. Yang lama sepatutnya mendidik yang baru dengan adap yang sesuai dan yang baru menghormati yang lama. Di sinilah ilmu lama dan baru akan bertembung untuk kombinasi pancingan yang lebih mantap.
Ingat misi kita ialah memancing bukan berpolitik.

JIKA ADA KEKURANGAN PADA PERKONGSIAN KALI INI ..KAMI DARI TOKKELEN ANGLERS MEMINTA MAAF ...HARAP DPTLAH ILMU YG SEDIKIT INI MEMBERI MANFAAT PADA PEMANCING SEMUA..SALAM STRIKE DAN SALAM 1 HOBBY




Wednesday, 26 September 2018

NURASH ISMAIL

                             
SIAPAKAH ANGLERS YANG BERTUAH UNTUK KALI INI
JOM KITA KENALI LEBIH DEKAT

DUNIA HANYIR 


semasa berumur 8 Tahun saya mula berjinak dengan dunia hanyir.
 Dari situ lah bermulanya


INPIRASI 


Adik beradik, Saudara Mara, Sahabat Handai


PEMULAAN


Bermula dengan mengunakan Ambo atau Koyan



SPOT 

Merataa tempat seperti pasir ris,ecp,changi,punggol dan byk lagi


 TEAM/SOLO 


Pengasas gills paradise fishing with friends


ATVT 


Sebulan sekali dua atau tiga selalu nya hujung minggu atau masa cuti



TEKNIK 


Semua yng termampu buat diri sendiri tengok keadaan dan sussana memancing.


MEMORI


Lubuk penuh misteri, kenangan pahit manis bersama anglers:keluarga, saudara, sahabat & rakan² mencari Rezeki Laut atau 'Sampah Laut' (orang lama tahu maksudnya) dengan gelak ketawa telatah mencuit hati mereka.



PERALATAN


RIGS: Apollo, Ranggong, Spiral, Lipan,Sabiki dll.
REELS: BC, Spinning dan Overhead. RODS: Spinning,Overhead, BC, Jig, Lure & mcm2 lagi

 MATLAMAT 


Target species yng masih dicari dan terus mencari belum saya dapat lagi,
 cuba untuk mengembara cari pengalaman teknik baru, tempat baru dan rakan baru.



PEKEMBANGAN


 berjinak mengembara tmpt orang utk aktiviti seterusnya dan cuba mengeratkan lagi hubungan serantau dunia. Berkabung antara group, team & solo dari Negara lain bukan sahaja local, dinamakan Anglers Paradise Familia, di anggap dapat peringkat kn lagi prestasi hubungan, pergaulan, pengalaman & acara seterusnya. Kami alu alu kan lagi dari yang lain. Ditubuhkan lebih ke aktiviti sihat, 'sport fishing' atau riadah santai bersama keluarga


KATA2 MOTIVASI


Amik yng positive menambah ilmu dan negative untuk kasi kita lagi semangat dan perbaiki kesilapan untuk teruskan matlamat perjuangan memancing. Jgn takut utk ceburi dan meneroka lagi. Ilmu tu luas. Kalau tak di cuba kita sendiri tak tahu dan tak kan pernah tahu & sampai bila pun kita takkan tahu. Buat muka atau org kata muka tkde perasaan steady je. Yang penting enjoy dan happy



IKON 


Ramai ikon tak terkata utama pada keluarga dan sahabat² yng inspirasi saya sewaktu ketika dahulu


TAGLINE 


Sauk,Sauk, Sauk


PERSONALITI ANGLERS

Nurash Ismail atau Mael



SELAMAT BERJUMPA DI LAIN BLOG SAHABAT. DAN YG BARU KESINI DAN INGIN MELIHAT PERSONALITY ANGLERS YG LAIN BOLEH KLIK LABEL PERSONALITY ANGLERS DI BAWAH NI..
  ASSALAMUALAIKUM